Google
 
NAMSAHAZ Webhosting - at RM0.12 per 1MB!!!

Tuesday, July 14, 2009

Hadiah Malam Jumaat


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamek untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan.

Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.
Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.
Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.
Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

"Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.

Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda.

lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.

Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu.

Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gembira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


Sumber : kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas

Dila :
Banyakkan amal dimalam Jumaat, jangan dok asyik nak tengok KELIWON jer !!

Banyak bagi sila ke http://melayubest.blogspot.com
Ingin jadi Penulisan Partime/Fulltime Gaji lumayan..
Petua-Petua Jimat Percuma diZaman Ekonomi Sekarang
Apakah Perniagaan Internet Yang Popular Sekarang ?
Melanggan Secara Percuma KLIK INI Sila Melihat Topik Yang lain Disini

Tuesday, July 7, 2009

Propoganda Barat Lagi !!



Dila :
Mereka buat lawak pasal Islam..

Banyak bagi sila ke http://melayubest.blogspot.com
Ingin jadi Penulisan Partime/Fulltime Gaji lumayan..
Petua-Petua Jimat Percuma diZaman Ekonomi Sekarang
Apakah Perniagaan Internet Yang Popular Sekarang ?
Melanggan Secara Percuma KLIK INI Sila Melihat Topik Yang lain Disini

Tuesday, June 30, 2009

Bulan Rejab Kembali Lagi


Sedar tak sedar Bulan Rejab sedang menemui kita. Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.

Rasulluah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Didalam bulan ini ada beberapa peristiwa besar yang berlaku,

Diantaranya ialah:

1. Peristiwa Isra' dan Mi'raj.
2. Hijrah pertama umat islam dari Mekah iaitu ke Habsyah
3. Berlakunya peperangan Tabuk diantara orang Islam dengan Rom
4. Pembebasan Baitul Muqaddis
5. Kelahiran Iman Syafie di Palestin

Amalan - Amalan yang dianjurkan/ digalakkan didalam bulan ini,
1. Memperbanyakkan salawat
2. Bertaubat kerana bulan rejab adalah bulan pengampunan
3. Berpuasa sunat.
4. Berdoa supaya dipanjangkan umur untuk sampai ke bulan Ramadhan

Dila : `Ya Allah Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah ke Bulan Ramadhan'

Banyak bagi sila ke http://melayubest.blogspot.com
Ingin jadi Penulisan Partime/Fulltime Gaji lumayan..
Petua-Petua Jimat Percuma diZaman Ekonomi Sekarang
Apakah Perniagaan Internet Yang Popular Sekarang ?
Melanggan Secara Percuma KLIK INI Sila Melihat Topik Yang lain Disini

Wednesday, June 24, 2009

Selesama Babi (H1N1 Influenza A) Semakin Mengganas Di Malaysia


Mengikut data sehingga 23 Jun 2009, selesama Babi (H1N1) telah berjaya `menawan' dan `menjejakkan' dibumi Malaysia dengan 58 kes. Dimana 7 kes daripadanya adalah jangkitan tempatan manakala 51 kes pula dari jangkitan luar negeri. (Bagaimana H1N1 berjangkit)

Penyakit bawaan udara ini menjadi semakin` GANAS' bila pihak Kementerian Kesihatan
mengarahkan sekolah-sekolah berikut ditutup iaitu,

1. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson.
2. Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 2
3. Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka di Cheras
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 Shah Alam
5. Sekolah Menengah Damansara Utama

Jika anda atau ahli keluarga anda mempunyai tanda-tanda seperti berikut, cepat-cepat bawa ke hospital berdekatan dengan rumah anda bagi memastikan adakah penyakit itu H1N1.

Berikut adalah tanda-tanda Influenza A (H1N1)
1. Demam
2. Selesema
3. Sakit Tekak
4. Sakit Sendi
5. Cirit Birit
6. Muntah-Muntah
7. Batuk (MuatTurun Ringkasan Tanda-Tanda Influenza H1N1- Bentuk Grafik)

Ini pula statistik penyebaran penyakit yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) . Muat Turun Penyebaran Penyakit Ini Diseluruh Dunia)

Negara Jumlah Kes Kes-Kes Terbaru

Kes Kematian Kes Kematian
Algeria 1 0 1 0
Argentina 1010 7 92 3
Australia 2436 1 237 1
Austria 9 0 1 0
Bahamas 2 0 0 0
Bahrain 15 0 3 0
Bangladesh 1 0 1 0
Barbados 4 0 0 0
Belgium 29 0 10 0
Bermuda, UKOT 1 0 0 0
Bolivia 25 0 14 0
Brazil 131 0 35 0
British Virgin Islands, UKOT 1 0 0 0
Brunei Darussalam 1 0 1 0
Bulgaria 2 0 0 0
Canada 5710 13 805 1
Cayman Islands, UKOT 4 0 0 0
Chile 4315 4 1190 2
China 739 0 220 0
Colombia 71 2 11 1
Costa Rica 149 1 0 0
Cuba 15 0 0 0
Cyprus 4 0 3 0
Czech Republic 7 0 2 0
Denmark 23 0 1 0
Dominica 1 0 0 0
Dominican Republic 93 1 0 0
Ecuador 95 0 9 0
Egypt 39 0 10 0
El Salvador 160 0 0 0
Estonia 5 0 0 0
Fiji 1 0 1 0
Finland 13 0 0 0
France 147 0 16 0
French Polynesia, FOC 1 0 0 0
Martinique, FOC 1 0 0 0
Germany 275 0 37 0
Greece 48 0 17 0
Guatemala 208 1 55 0
Honduras 108 0 0 0
Hungary 7 0 0 0
Iceland 4 0 0 0
India 44 0 14 0
Ireland 23 0 7 0
Israel 291 0 72 0
Italy 88 0 0 0
Jamaica 19 0 5 0
Japan 850 0 160 0
Jordan 13 0 11 0
Korea, Republic of 105 0 21 0
Kuwait 26 0 8 0
Laos 2 0 1 0
Lebanon 12 0 0 0
Luxembourg 3 0 1 0
Malaysia 23 0 0 0
Mexico 7624 113 0 0
Morocco * 6 0 -2 0
Netherlands 91 0 4 0
Netherlands Antilles, CuraƧao ** 3 0 0 0
Netherlands Antilles, Sint Maarten 1 0 0 0
New Zealand 258 0 42 0
Nicaragua 189 0 45 0
Norway 17 0 0 0
Oman 3 0 0 0
Panama 330 0 58 0
Papua New Guinea 1 0 0 0
Paraguay 48 0 21 0
Peru 185 0 44 0
Philippines 344 0 33 0
Poland 13 0 6 0
Portugal 6 0 1 0
Qatar 8 0 5 0
Romania 18 0 0 0
Russia 3 0 0 0
Samoa 1 0 0 0
Saudi Arabia 35 0 13 0
Singapore 142 0 65 0
Slovakia 3 0 0 0
Slovenia 1 0 1 0
South Africa 1 0 0 0
Spain 522 0 10 0
Sri Lanka 4 0 3 0
Suriname 11 0 0 0
Sweden 48 0 5 0
Switzerland 31 0 4 0
Thailand 589 0 71 0
Trinidad and Tobago 18 0 0 0
Turkey 20 0 0 0
Ukraine 1 0 0 0
United Arab Emirates 2 0 0 0
United Kingdom 2506 1 754 0
Isle of Man, Crown Dependency 1 0 0 0
Jersey, Crown Dependency 1 0 0 0
United States of America 21449 87 3594 43
Uruguay 36 0 0 0
Venezuela 71 0 11 0
Viet Nam 35 0 8 0
West Bank and Gaza Strip 8 0 3 0
Yemen 5 0 1 0
Jumlah Besar
52160 231 7873 51

Langkah Pencegahan yang boleh diambil adalah seperti dibawah,

1. Hindari kawasan yang ramai orang berkumpul seperti stadium, LRT, pasar malam dll.
2. Sekiranya ada tanda-tanda seperti diatas sila ke hospital dengan secepat mungkin.
3. Menghubungi Kementerian Kesihatan Malaysia di Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan di
03-8881 0200 atau 03-8881 01300 atau email kepada cprc@moh.gov.my sekiranya anda
perlu bantuan.
4. Menjaga kebersihan dan meningkatkan tahap kesihatan diri.

Dila : Jerebu belum reda, menjadi pulak selsema H1N1

Banyak bagi sila ke http://melayubest.blogspot.com
Ingin jadi Penulisan Partime/Fulltime Gaji lumayan..
Petua-Petua Jimat Percuma diZaman Ekonomi Sekarang
Apakah Perniagaan Internet Yang Popular Sekarang ?
Melanggan Secara Percuma KLIK INI Sila Melihat Topik Yang lain Disini

Thursday, June 11, 2009

Al-Fatiha Untuk Shukri Hashim 10 June 2009



Melayubest ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Shukri Hashim yang telah pergi buat selama-lama pada semalam 10 Jun 2009 jam 1.00 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di Cheras.

Al-Fatihah...

Dila : Harimau mati meninggal, manusia mati meninggalkan nama..

Teman-Temanku

Undi Dila

Pelawat Dila